hari ini, hari yang meletihkan sangat.
banyak kertas exam yang belum habis ditanda lagi, pada masa yang sama si kecil Batrisyia menuntut perhatian yang lebih sebab abahnya outstation lagi.
tapi, tak apa, lagi 2 hari akan balik kampung. maklumlah cuti sekolah.
masa ni lah nak menjenguk Umi dan adik di kampung.
apa-apapun, kerja kat rumah ni kena beres dulu.
bila menonton berita tadi mengenai mangsa yang terperangkap bawah runtuhan bangunan di Subang Jaya, hati berdoa agar tidak berlaku kes sedemikian di tempat-tempat lain.
bukan apa, sebab biasanya kalau tragedi macam tu, biasanya berangkai. harap-harap kali ini tidak lagi.
Nauzubillah...
rasanya cukup setakat ini buat masa ini.
nanti kita cerita lagi.
